hit counter for tumblr
CPPS - Centre for Public Policy Studies
  • Home
  • About Us
  • Events
  • Policy Areas
  • Publication
  • Resources
  • Be in The Loop
Election Watch

Aktivis: Hak Orang Asli tak dipelihara Perlembagaan

Source: Malaysiakini
Date: 9 October 2012

Seorang wakil NGO Orang Asli mendakwa, kerajaan masih menganggap golongan itu seperti "bayi" walau negara sudah lama mencapai kemerdekaan kerana hak komuniti tersebut tidak dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Koordinator Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia, Tijah Yok Chopil berkata ini menyebabkan golongan itu berhadapan dengan peminggiran.

Tambahnya, perkara itu tergambar melalui keadaan lebih 800 kampung Orang Asli yang masih dalam keadaan tidak sempurna.

"Masih banyak pembangunan asas yang tidak lengkap, bekalan air dan elektrik yang tidak lengkap dan pencerobohan tanah yang berleluasa, pembalakan dan perkuburan yang ditolak adalah antara masalah yang kami hadapi," katanya.

Jelasnya, perkara berkenaan berpunca daripada Perlembagaan Persekutuan yang tidak menetapkan status dan kedudukan Orang Asli dengan jelas.

"Dalam Perlembagaan tidak dinyatakan dengan jelas hak Orang Asli. Yang kedua persepsi pemerintah yg seolah-olah menganggap Orang Asli ini seperti bayi.

Menurut Tijah, Orang Asli diiktiraf sebagai golongan bumiputera tetapi mereka tidak dilindungi dalam Perkara 153 Perlembagaan yang hanya menjamin hak istimewa bumiputera Melayu dan Sabah serta Sarawak.

"Kita seolah-olah makhluk yg tiada nilai, tiada maruah," katanya dalam siri Perbualan Kebangsaan: Keprihatinan Masyarakat Dari Perspektif Malaysia anjuran Institut Kajian Etnik (UKM) dan Institut Kepimpinan Asia (ASLI).

Perkara itu turut disentuh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda jika terdapat keperluan untuk memastikan hak Orang Asli terpelihara.

"Kita tiada masalah, kita ambilnya dengan terbuka kerana mungkin di masa lalu kita tak sedar akan perkara ini, dan sekarang kita sedar.

"Saya menyokong penuh Perlembagaan kita diubah jika ia perlu dilakukan," katanya dalam sesi perbincangan sama.

Back to Top


Copyright © 2011 CPPS. All Rights Reserved.