hit counter for tumblr
CPPS - Centre for Public Policy Studies
  • Home
  • About Us
  • Events
  • Policy Areas
  • Publication
  • Resources
  • Be in The Loop
Election Watch

ASLI, CPPS agensi pemikir terbaik dunia

Source: Utusan
Date: 28 January 2014

ASLI, CPPS agensi pemikir terbaik dunia

Oleh ADLINAHANI KHALIL

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Institut Kepemimpinan dan Strategi Asia (ASLI) serta Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) dinobatkan sebagai antara agensi pemikir terbaik di dunia dan di rantau Asia Pasifik.

Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, CPPS berada pada kedudukan ketujuh dalam senarai Agensi Pemikir Terbaik di Asia Pasifik, selain menempa kedudukan ke-38 di dunia bagi kategori Agensi Pemikir Pendidikan Terbaik dan merangkul tangga ke-27 dalam Agensi Pemikir Paling Telus dan Pentadbiran Terbaik.

"Pengumuman itu dibuat berdasarkan Laporan Global bagi Agensi Pemikir yang dikeluarkan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat lalu.

"Kejayaan itu menunjukkan ASLI dan CPPS sebagai agensi pemikir terbaik di Malaysia, sekali gus mampu bersaing dengan agensi antarabangsa yang lain," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ASLI, di sini hari ini.

ASLI pula disenaraikan pada kedudukan ke-23 di dunia bagi Agensi Pemikir yang mempunyai Bajet di bawah AS$5 juta (RM16 juta), selain mencatat tempat ke-37 di dunia untuk kategori Agensi Pemikir dengan Program Penglibatan Awam Terbaik.

Selain itu, ASLI menempa kedudukan ke-47 di dunia bagi Agensi Pemikir yang mengamalkan Polisi Awam Terbaik dan mencatatkan tempat yang sama dalam kategori Agensi Pemikir dengan Pengurusan Terbaik, sekali gus menjadi satu-satunya negara ASEAN yang mencipta kejayaan tersebut.

ASLI juga dinobatkan sebagai Agensi Pemikir dengan Pembangunan Idea Baharu Terbaik pada kedudukan ke-29 dan berada di tangga ke-34 di dunia untuk dinobatkan sebagai Agensi Pemikir dengan Persidangan Terbaik.

Kenyataan akhbar itu turut menyifatkan pengiktirafan tersebut secara tidak langsung mendorong ASLI dan CPPS untuk lebih berjaya pada masa hadapan dengan pelbagai pelan pembangunan yang dirangka.

-End-

Back to Top


Copyright © 2011 CPPS. All Rights Reserved.